Negeri

Melaka bakal jual RTK Antigen Covid-19 dengan harga murah

 

MELAKA 22 Feb. – Kerajaan negeri melalui Perbadanan Bioteknologi Melaka (Biotek Melaka) mendapat kelulusan untuk mengedar dan menjual Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen Covid-19 menggunakan sampel air liur selewat-lewatnya Mac ini.

Lebih menarik RTK Antigen yang bakal dikeluarkan oleh Biotek Melaka itu bakal dijual pada harga yang rendah berbanding harga siling di pasaran ketika ini berharga RM4.90.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, pengedaran dan penjualan kit tersebut tersebut adalah selepas mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) hari ini.

“Saya baru dimaklumkan oleh Biotek Melaka bahawa MDA telah memberi kelulusan untuk mengedar dan menjual RTK Antigen Covid-19 yang kini mendapat sambutan daripada masyarakat di negeri ini.

“Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali akan umumkan pasaraya dan farmasi penjualan kit ini yang boleh dibeli oleh orang ramai dengan harga yang lebih murah.

“Ini adalah manifesto Barisan Nasional (BN) sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka November lalu dan kita tunaikan demi kesejahteraan rakyat.

“Walaupun stoknya tidak banyak untuk menampung permintaan yang tinggi namun ia sekurang-kurangnya dapat menampung permintaan terhadap kit ini ekoran peningkatan kes Covid-19 sejak beberapa hari kebelakangan ini,” ujarnya dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak berusia lima hingga 12 tahun (PICKids) bersama Ahli Lembaga Pelawat (ALP) di Hospital Alor Gajah di sini.

Menurut Muhamad Akmal lagi, kerajaan negeri juga akan menentukan kaedah dan cara pengagihan ke farmasi serta had pembelian satu kit ujian tersebut.

Menurutnya, di bawah garis panduan baharu, RTK Antigen Covid-19 menggunakan sampel air liur kini boleh diterima jika seorang itu positif bagi tahap satu dan dua.

Menurutnya, mereka yang positif menggunakan RTK Antigen itu tidak perlu lagi menjalani ujian RTK Profesional atau membuat RT PCR (Reverse transcription polymerase chain reaction).

“Apa yang penting keputusan positif itu termasuk kontak rapat perlu dikemaskini setiap hari di MySejahtera serta menjawab soalan-soalan yang diberikan.

“Jika berlaku kemerosotan tahap kesihatan seseorang itu, barulah mereka memaklumkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau terus mendapat rawatan di Hospital Melaka” ujarnya.

Di samping kata beliau, mereka tidak lagi perlu perlu pergi ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh sebaliknya cukup menjalani
kuarantin di rumah.

(Visited 283 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button