Nasional

Pengharaman jualan arak di kedai runcit, serbaneka satu kemenangan

PERGERAKAN Anti Arak Murah Malaysia menyifatkan pengharaman penjualan minuman keras di kedai runcit dan kedai serbaneka di Kuala Lumpur dianggap sebagai satu kemenangan kepada perjuangan kumpulan itu.

Ketua Penyelaras pergerakan itu David Marshel berkata, pihaknya menyambut baik langkah yang diambi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Jelas beliau, tindakan yang diambil oleh DBKL akan menjadi satu penanda aras kepada pihak berkuasa tempatan yang lain untuk mengikut langkah yang telah diambil.

“Ini adalah satu kemenangan bagi pihak kami yang berjuang aktif sejak 2014 dengan mengadakan beberapa siri kempen untuk haramkan arak murah di Malaysia.

“Keputusan yang diambil oleh DBKL adalah satu batu loncatan bagi negeri dan PBT lain untuk melaksanakan garis panduan penjualan arak keras di premis seperti yang dilakukan oleh DBKL,” kata David dalam satu kenyataan.

Pergerakan itu mahu agar DBKL bertegas untuk tidak melayan sebarang permohonan rayuan daripada pihak berkaitan yang akan mengambil pelbagai langkah untuk mengagalkan pelaksanaan tersebut.

Pergerakan Anti Arak Murah Malaysia juga memohon kepada semua pihak menyokong garis panduan penjualan arak yang bakal dikuatkuasakan oleh DBKL bagi mengatasi masalah sosial, kesihatan dan kemalangan.

David berkata, pihaknya juga berterima kasih kepada DBKL yang akan menguatkuasakan pengharaman penjualan arak samsu pada 15 December ini di semua premis di Kuala Lumpur.

Pergerakan itu sebelum ini menentang penjualan arak murah kerana ia mencetuskan gejala sosial dan kesihatan dalam kalangan masyarakat.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan garis panduan baru mengenai lesen minuman keras yang mula berkuat kuasa semalam.

Antara lain, garis panduan tersebut menetapkan bahawa kedai runcit dan kedai serbaneka tidak lagi dibenarkan menjual produk minuman keras mulai 1 Oktober tahun depan.

Mereka masih dibenarkan menjual bir setelah larangan berkuat kuasa, tetapi hanya dari jam 7 pagi hingga 9 malam.

Pemilik premis mesti memastikan minuman beralkohol dipamer berasingan dari minuman lain, dan mengunci ruang rak pameran selepas jam 9 malam. Pembeli mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.

Ia bertujuan untuk mengawal akses dan penggunaan produk minuman keras sambil memastikan kesihatan dan keselamatan warga kota.

Garis panduan ini juga menetapkan had waktu minuman beralkohol boleh dijual mengikut jenis premis, dengan pemohon atau pemegang lesen hanya untuk bukan Muslim.

Pasar raya, hypermarket, hotel, bar, dan pub masih dibenarkan menjual minuman keras, tetapi mesti memastikan bahawa pelanggan berusia sekurang-kurangnya 21 tahun.-SM

 

(Visited 348 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button