KemalanganNasional

Dua Orang Asli maut Kancil rempuh Toyota Hilux

DUA rakan maut apabila kereta Perodua Kancil yang mereka naiki terbabas dan merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 12 Jalan Chini-Kuantan di Pekan, semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan, DSP Mohd Zaidi Mat Zin berkata, insiden pada pukul 3 petang itu menyaksikan Hasyim Amin, 29, dan Dolah Muhtar, 39, yang tersepit di dalam kereta, maut di tempat kejadian.

“Siasatan awal mempercayai kemalangan berlaku apabila kereta dipandu Hasyim dari arah Chini menghala ke Kuantan terbabas ke jalan bertentangan lalu bertembung dengan Toyota Hilux yang tidak dapat mengelak disebabkan jarak terlalu dekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemandu dan penumpang Toyota Hilux turut cedera dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Chini untuk rawatan.

Mayat kedua-dua mangsa yang merupakan Orang Asli, dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat.

Kes kemalangan maut ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – SM

 

(Visited 303 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button