Nasional

Akta 244: Kerajaan tidak berniat sekat kebebasan dalam media sosial

KERAJAAN tidak berniat untuk menggunakan Akta 244 untuk menyekat kebebasan peribadi individu dalam media sosial seperti Tik Tok dan YouTube.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, terdapat gambaran laporan yang tidak tepat terhadap jawapan berkenaan keperluan lesen Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

“Ketika menjawab soalan itu, saya hanya menerangkan tentang undang-undang sedia ada iaitu Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244) yang diluluskan Parlimen pada tahun 1981.

“Pada tahun tersebut tiada langsung media sosial seperti Tik Tok, YouTube dan sebagainya. Disebabkan itu kita merasakan akta tersebut perlu penambahbaikan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

BACA> Lesen Finas untuk ‘Tik Tok’: Peguam saran Saifuddin dapat pandangan tepat

Menurut Saifuddin, perkara itu juga telah dinyatakannya dalam sidang akhbar Kad Laporan 100 harinya sebagai Menteri KKMM pada 20 Jun lalu untuk menilai semula undang-undang di bawah kementeriannya.

Jelasnya, kementeriannya tidak pernah berniat untuk menyekat kebebasan peribadi individu dalam media sosial.

“Kita sentiasa terbuka untuk menerima sebarang cadangan dalam memperbaiki bukan sahaja akta yang dibahaskan pagi tadi, tetapi semua undang-undang di bawah pengawasan kementerian supaya bersesuaian dengan kehendak semasa,” ujarnya.

Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila golongan YouTuber yang menggunakan platform perkongsian video di YouTube juga perlu mempunyai lesen untuk mengeluarkan video mereka.

BACA> Lesen Pengeluaran Filem, SSP untuk terbitkan filem wajib dimohon

Laporan berita tersebut membuatkan ramai YouTuber menganggap bahawa perkara itu seperti menghalang kebebasan seseorang terutamanya di platform terbuka seperti di media sosial. -SM

(Visited 254 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button