Politik

Pelantikan Ismail Sabri redakan ketegangan politik

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat keputusan tepat apabila melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan akan meredakan ketegangan politik.

Selain beliau merupakan Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri juga mempunyai sokongan kuat ketua-ketua bahagian dan akar umbi parti terbesar Melayu itu.

Hubungan baik dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjadi nilai tambah serta meredakan situasi politik yang agak panas ketika ini.

Walaupun Datuk Seri Mohamad Hasan ialah Timbalan Presiden UMNO, tetapi oleh kerana beliau bukan ahli parlimen jadi Ismail Sabri merupakan orang yang paling layak.

Ahmad Zahid pula kini sedang berdepan dengan tuduhan kes pecah amanah dan salah guna kuasa.

Perdana Menteri juga bijak kerana tidak meninggalkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di belakang, sebaliknya melantik beliau sebagai Menteri Kanan Luar Negara.

Ini adalah kerana Hishammuddin mempunyai pengaruh dalam kalangan ahli-ahli parlimen UMNO sama ada yang di dalam kerajaan atau di luar.

Keputusan pantas Muhyiddin juga mengelakkan daripada berlarutan spekulasi yang akan menjejaskan kestabilan politik negara.

Kini kerajaan boleh memberi tumpuan kepada menangani pandemik wabak Covid-19 dan menyantuni kehidupan rakyat yang terjejas akibat krisis itu.

Langkah diambil oleh Muhyiddin itu juga akan mematikan langkah yang digerakkan oleh Ahmad Zahid yang mahukan ahli parlimen UMNO menarik sokongan daripada kerajaan.

(Visited 692 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button