Nasional

‘Jerung’ MBSA pula ditahan, direman 6 hari

SELEPAS sembilan orang anggota dan pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam ditahan, hari ini `jerung’ pula ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, lelaki berusia 59 tahun itu ditahan di Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya kira-kira pukul 10.15 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan.

“Pegawai itu ditahan untuk membantu siasatan kes menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh, Selangor.

BACA> Projek pembalakan RM27 juta, tiga termasuk Datuk ditahan SPRM

“Perintah reman selama enam hari bermula hari ini dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini,” katanya.

Penangkapan baharu ini menjadi keseluruhan 10 individu telah ditahan SPRM bagi kes berkenaan melibat 9 pegawai dan anggota penguat kuasa MBSA dan seorang peniaga.

Penahanan kesemua penguatkuasa MBSA itu dilakukan selepas sebuah video tular yang mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap premis judi di Bandar Baru Sungai Buloh.

Turut didedahkan ialah peniaga yang didapati melakukan perniagaan haram seperti menjual rokok seludup dan membuat binaan kedai tanpa kebenaran MBSA.

BACA> Tiga penguatkuasa MBSA direman

Susulan pendedahan itu, SPRM melakukan siasatan terhadap dakwaan berkenaan dengan kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman. -SM

(Visited 315 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button