Nasional

Tiga penguatkuasa MBSA direman

Tiga lagi penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Cawangan Sungai Buloh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menerima rasuah.

Menurut sumber, mereka disyaki menerima rasuah bagi melindungi premis-premis perniagaan tidak berlesen termasuk pusat perjudian di sekitar kawasan berkenaan.

“Ketiga-tiga suspek yang berusia antara 40 hingga 43 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya antara pukul 1 hingga 2 petang, semalam selepas hadir memberi keterangan.

BACA> Penolong pegawai penguatkuasa MBSA direman

“Hasil soal siasat yang dijalankan mendedahkan rangkaian sindiket dalam kalangan anggota penguat kuasa yang mengutip wang rasuah secara bulanan bagi melindungi premis-premis berkenaan,” kata sumber.

Menurut sumber, perintah reman bermula hari ini sehingga 19 Ogos 2020 itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan SPRM menahan lima penguat kuasa MBSA dan seorang peniaga rokok berbangsa Acheh. -SM

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button