NasionalNegeriRencah Hidup

LKIM laksana Pasar Nelayan Mobile

Ikan segar dari pelantar boleh dihantar terus ke pintu rumah. Pengguna hanya perlu membuat bayaran secara tunai sebaik sahaja penghantaran atau cash on delivery (COD).

Konsep Pasar Nelayan Mobile kini mula diperkenal oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Pengerusinya Muhammad Faiz Fadzil berkata, konsep mobile ini dilaksanakan bagi membolehkan setiap rakyat berpeluang menikmati ikan segar dan segar beku QFISH.

Muhammad Faiz menunjukkan kotak ikan pada motosikal yang diserahkan kepada PNK Perlis Selatan di Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Arau, Perlis.

Sekali gus katanya, ia dapat menggembangkan lagi projek pemasaran ikan melalui Pasar Nelayan (PN) dan jualan sedia ada.

“Sebanyak 16 PN telah dipilih untuk menerima sebuah motosikal bagi melaksanakan Pasar Nelayan Mobile,” katanya ketika berucap pada Program Rahmah Mesra Madani Pengerusi LKIM Bersama Nelayan di Dewan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Perlis Selatan di Simpang Empat, Arau, Perlis.

Hadir sama Pengarah LKIM Perlis, Sobri Ibrahim dan Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Perlis (PELARIS), Jasni Hashim.

Muhammad Faiz juga melancarkan sebuah motosikal untuk pelaksanaan Pasar Nelayan Mobile di PNK Perlis Selatan di Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Arau, Perlis.

Muhammad Faiz bersama para nelayan sempena Program Rahmah Mesra Madani Pengerusi LKIM Bersama Nelayan di Dewan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Perlis Selatan di Simpang Empat, Arau, Perlis.

Muhammad Faiz berkata, ssbuah motosikal Modenas Kriss MR3 (Disc) 110cc 4 lejang ini disertakan dengan kotak penghantaran berkapasiti 151 liter dan removable bracket serta aksesori dengan kos keseluruhan RM10,000.

Sementara itu pada majlis berkenaan Muhammad Faiz juga melakukan penyerahan Elaun Sara Hidup Nelayan 2023 berbentuk cek replika bernilai RM1,360,800.00.

Juga serahan empat unit Enjin Bot (40HP) dan 50 unit Kotak Ikan Berinsulasi berjumlah RM70,000 di bawah Program Peningkatan Pendapatan iaitu Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan.

Bakul Makanan kepada 60 nelayan berjumlah RM30,000.

Penyerahan cek replika Geran Pemadanan “Change Upgrade Product” (CUP) kepada usahawan bimbingan LKIM Perlis bernilai RM 42,000.

Sebelum majlis itu juga, Muhammad Faiz telah menyerahkan kunci rumah baharu nelayan di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) LKIM di Kampung Tebuk, Simpang Empat, Arau yang bernilai RM60,000. – SM

BACA Pasar Nelayan Seberang Kota ditutup sementara gara-gara kontak Covid-19

BACA Pasar nelayan Sungai Padang tawar hasil laut murah

(Visited 99 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button