NasionalNegeri

Pasar nelayan Sungai Padang tawar hasil laut murah

PASAR nelayan di jeti Sungai Padang, Simpang Empat, Kangar mampu menawarkan hasil laut seperti ikan dan siput yang murah di Perlis.

Setakat ini hasil laut yang ditawarkan harganya antara 10 hingga 20 peratus lebih rendah dari pasaran.

Pasar nelayan di jeti Sungai Padang, Simpang Empat, Perlis.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Nurulhisham Yaakob berkata, malah bekalan pelbagai jenis siput seperti kerang dijual sepanjang masa berbanding tempat lain.

“Nelayan di sini sebenarnya masih mencari kerang secara “manual” iaitu kutip sendiri dan bukannya menggunakan peralatan tangkapan seperti tangguk,” katanya.

Beliau berkata kepada media selepas majlis Pelancaran dan Sumbangan Ikan Segar Beku Q’Fish Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sempena Jualan Rakyat Prihatin.

Nurulhisham Yaakob (kanan) sambil diperhati Sobri Ibrahim (kiri) pada majlis Pelancaran dan Sumbangan Ikan Segar Beku Q’Fish LKIM Sempena Jualan Rakyat Prihatin di Pasar Nelayan Sungai Padang, Simpang Empat, Perlis.

Turut hadir Pengarah LKIM Perlis, Sobri Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli.

Juga diadakan promosiKeropok Lekor Persatuan Nelayan Kebangsaan (PNK) Perlis Selatan yang juga pengendali pasar ini.

Sebanyak 150 kilogram ikan segar beku Q’Fish secara percuma untuk 150 orang pengunjung terawal yang mengunjungi pasar ini.

Nurulhisham berkata, pengunjung luar patut mengambil kesempatan mendapatkan hasil laut murah termasuk ikan segar beku Q’Fish LKIM di pasar nelayan ini.

“Selain itu pesisiran pantai Sungai Pandang juga menarik untuk dilawati berikutan dari semasa ke semasa ia telah dinaikkan taraf,” katanya.

Nurulhisham berkata, dengan kedatangan pengunjung sekaligus dapat membantu meningkatkan ekonomi penduduk tempatan yang rata-ratanya kumpulan B40.

Sementara itu, Sobri berkata, setakat ini di Perlis, ikan segar beku Q’Fish hanya dijual di Pasar Nelayan Sungai Padang sahaja.

Beliau berkata, Q’Fish bukan sahaja jauh lebih murah dari harga pasaran tetapi kualiti kesegaran dikekalkan seperti ikan yang baharu dinaikkan dari laut.

Katanya, cuma ia memerlukan masa lebih kurang sejam untuk dinyahbeku sebelum sesuai untuk dimasak. – SM

(Visited 1,022 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button