JenayahNasional

Polis buru penunggang ‘menari’ atas motosikal

POLIS mengesan seorang penunggang susulan aksinya melepaskan tangan dan “menari” atas motosikal dirakam dan tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Aidi Sham Mohamed berkata, video berdurasi 39 saat itu dirakam pada 25 November tahun lalu menggunakan aplikasi TikTok namun ia ditularkan semula semalam.

“Aksi itu dilakukan di Kilometer 16-17, Lebuhraya Seremban- Port Dickson berhampiran susur keluar Bandar Springhill.

“Berikutan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson sedang mengesan penunggang motosikal jenis Benelli itu,” katanya dalam kenyataan.

Aidi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis menyeru sesiapa memiliki maklumat kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan.

“Polis turut menyeru individu yang dikenal pasti dirakam dalam aksi tersebut diminta menyerah diri segera,” katanya. – SM

 

(Visited 313 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button