Nasional

PERKESO proses tuntutan kes Covid-19 bawah penyakit khidmat

BERMULA 1 April lalu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan memproses tuntutan faedah berkaitan kes Covid-19 bawah kategori penyakit khidmat.

PERKESO dalam kenyataan hari ini memaklumkan, selain Covid-19, antara penyakit berjangkit lain turut diletakkan bawah kategori penyakit khidmat adalah seperti jangkitan virus Nipah, Tuberkulosis (batuk kering) dan Leptospirosis (penyakit kencing tikus).

“Sekiranya Orang Berinsurans (OB) PERKESO ingin membuat tuntutan faedah bagi kes Covid-19, tuntutan tersebut masih layak dipertimbangkan.

“Namun terhad kepada pekerjaan yang terdedah kepada agen biologi dan adanya jangkitan dalam kalangan pekerja jagaan kesihatan.

“Permohonan tersebut akan diproses sebagai penyakit khidmat dan OB yang layak, akan menerima faedah-faedah di bawah Skim Bencana Pekerjaan atau Skim Keilatan merangkumi Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS), Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK), Pencen Penakat, Pencen Ilat dan Faedah Pengurusan Mayat (FPM), mengikut kelayakan masing-masing,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan PERKESO itu menyatakan, bagi permohonan tuntutan faedah oleh OB yang disahkan positif Covid-19 sebelum 1 April, proses tuntutan tersebut akan diproses sebagai Bencana Kerja.

Sehingga 26 Mac lepas, PERKESO menerima sebanyak 132,988 kes tuntutan faedah Covid-19 yang merangkumi pekerja tempatan dan asing dan daripada jumlah tersebut, lebih RM133 juta telah dibayar kepada OB sejak pemberian faedah mula dilaksanakan pada 24 Feb 2021. – SM

(Visited 301 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button