Nasionalpilihan

Tidak ada syarikat penerbangan berminat beroperasi di Melaka

Tidak ada satu pun daripada tujuh syarikat penerbangan komersial setakat hari ini berminat untuk beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka(LTAM) kata, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Menurutnya, sehingga tarikh akhir yang ditetapkan hujung bulan ini kerajaan negeri tidak menerima sebarang maklum balas terhadap tawaran yang dibuat kepada syarikat terbabit.

“Masih berbaki lima hari sebelum tarikh akhir hujung bulan ini dan kita mengharapkan jika dapat maklum balas dari syarikat penerbangan komersial terhadap tawaran dari kerajaan negeri.

“Sebenarnya, kita ada masalah sikit di Melaka kerana lokasi kita terlalu dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Jadi pengguna banyak pilihan kerana mereka memilih KLIA berbanding di Melaka. Ini salah satu faktor kerana terlalu hampir dengan KLIA,” ujarnya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024)
di Melaka Sentral, Jonker Walk dan Bangunan Stadthuys di sini hari ini.

Mengulas lanjut Hameed Mytheen berkata, kerajaan negeri masih berharap dalam tempoh beberapa hari ini mungkin ada syarikat penerbangan akan memberi maklum balas.

“Saya dan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh sedang berbincang mungkin akan mencari alternatif lain,” ujarnya.

Jelasnya lagi, beliau menunggu Ketua Menteri balik dari misi pelaburan di luar negara kerana ada berkaitan dengan LTAM pada lawatan tersebut.

Dalam pada itu beliau berkata, LTAM masih boleh digunakan untuk penerbangan komersial dan yang ditempah khas.

Katanya, walaupun syarikat penerbangan komersial tidak lagi menggunakan LTAM tetapi masih terdapat beberapa pesawat sewa khas masih beroperasi di sini.

Sebelum ini, orang ramai melahirkan rasa kecewa apabila LTAM menghentikan operasi pesawat komersial sejak Ogos lalu. Penerbangan komersial terakhir ke Pulau Pinang adalah pada Jun lalu manakala dari Pekan Baru, Indonesia 16 Ogos.

Pada September lalu, kerajaan negeri menawarkan insentif menarik kepada tujuh syarikat penerbangan komersial sekiranya mereka ingin beroperasi di LTAM sebagai timbal balas kerugian akibat kurang mendapat sambutan. – SM

(Visited 63 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button