Nasional

Pejual DVD filem “Ada Apa Dengan Dosa” melalui akaun Shopee dikenakan tindakan

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya membuktikan kesalahan penjualan DVD karya filem tanpa hakcipta dalam talian menggunakan akaun shopee di Mahkamah Seksyen 2, Alor Setar, Kedah, hari ini.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Tuan Azman Adam berkata, kes tersebut berlaku pada 26 November tahun lepas di mana sepasukan Pegawai Penguat Kuasa dari KPDNHEP Putrajaya telah membuat pemeriksaan di alamat 2407, Lorong Peringgi, Alor Setar berhubung aduan yang diterima daripada pengadu berkaitan penjualan DVD Karya Filem bertajuk “Ada Apa Dengan Dosa” oleh tertuduh.

“Pemeriksaan telah dilakukan ke atas telefon bimbit jenis IPhone 7 Plus milik tertuduh dan mendapati tertuduh memiliki satu akaun Shopee yang memaparkan rekod penjualan DVD Karya Filem tersebut kepada pihak pengadu iaitu Pencil Pictures And Records Sdn.Bhd.

“Hasil daripada siasatan mendapati tertuduh telah menjual satu salinan Karya Filem dalam bentuk DVD bertajuk “Ada Apa Dengan Dosa” tanpa hakcipta pada 2 Julai 2020,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penjualan itu berlaku pada pukul 2.55 petang di No. 18, Tingkat Bawah, Kompleks 2 Sultan Abdul Hamid, Jalan Pegawai, Alor Seta tatkala hak cipta masih dimiliki oleh dan masih wujud bagi Pencil Pictures And Records Sdn.Bhd.

Katanya lagi, perbuatan tertuduh itu merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 41(1)(b) Akta Hakcipta 1987 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 41(1)(b)(i) Akta yang sama.

“Kes telah didengar pada 28 Disember 2021 untuk sebutan bagi serahan dokumen di bawah Seksyen 50A Kanun Acara Jenayah (KAJ),” ujarnya.

Tambah beliau, tertuduh hadir tanpa diwakili penguam serta membuat pertukaran pengakuan kepada pengakuan bersalah.

Mahkamah kemudian membuat keputusan dan tertuduh dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 atau sekiranya gagal membayar denda boleh dipenjara sehingga enam bulan, katanya. – SM

(Visited 417 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button