fbpx
Politik

Syed Saddiq daftar parti Muda hari ini

BEKAS Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  Syed Saddiq Abdul Rahman akan mendaftarkan parti politik baru untuk golongan ‘Muda’ hari ini.

Syed Saddiq mengumumkan perkara itu dalam rancangan radio perniagaan BFM 89.9’s Breakfast Grille pagi ini.

Menurut bekas Menteri Belia dan Sukan itu beliau akan mengunakan nama ‘Muda’ untuk parti itu.

“Selepas wawancara ini, saya akan ke terus ke Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mendaftar Muda sebagai parti politik.

“(Ia akan jadi) parti Malaysia pertama diterajui belia, berbilang kaum dan agama untuk memperjuangkan kepentingan semua rakyat Malaysia- tua dan muda, Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan.

Syed Saddiq juga berkata, dia telah “merayu secara peribadi” kepada Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk pendaftaran Muda.

“Jadi saya harap tidak ada halangan politik,” tambahnya.

Syed Saddiq dilahirkan pada 6 Disember 1992.

Ketika beliau menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan, dia telah mengusulkan agar had umur belia diturunkan daripada 40 tahun kepada 30 tahun.

Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 (Akta 668)  diluluskan di Dewan Rakyat pada 3 Julai 2019.

Pada 11 Julai 2019, Syed Saddiq berkata, keputusan Kerajaan Persekutuan menurunkan had usia belia daripada 40 kepada 30 tahun adalah muktamad.

“Pendirian tegas tidak akan berubah, tetap akan dikuatkuasakan. Saya tekankan sekali lagi akta ini akan berkuatkuasa pada Disember 2021. Bagi saya, waktu sekarang ini (pindaan terhadap akta) harus bermula,” kata ketika menjadi ahli panel wacana Sinar Harian bertajuk ‘Mengundi Umur 18 tahun: Siapa Yang Untung?’ -SM

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Penulis mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. 'Kehilangan' jurukamera ketika bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah penulis lupakan.

Related Articles

Back to top button
error: Isi kandungan ini di lindungi dari Copy & Paste !!