Politik

Labelkan Melayu malas antara kesilapan taktikal PH ketika memerintah

PRESIDEN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui melabelkan ‘Melayu malas’ merupakan antara kesilapan taktikal yang dilakukan oleh Pakatan Harapan sepanjang parti gabungan itu memerintah negara selama 22 bulan.

Anwar yang kini merupakan Ketua Pembangkang berkata, parti Pakatan Harapan gagal mengatasi isu yang dihadapi oleh masyarakat Melayu dengan cara yang sewajarnya ketika kumpulan majoriti itu diprovokasi

Dalam satu wawancara secara eksklusif bersama portal Malaysiakini   Anwar mengakui pemimpin Pakatan Harapan telah mengeluarkan kenyataan yang melukakan masyarakan pribumi itu.

“Saya kata, bagi peluang, soal kemalasan sudah dijawab ratusan tahun. Baca (tulisan) Jose Rizal, The Indolence of The Filipinos.

“Baca (tulisan) Syed Hussin Alatas, Mitos Pribumi MalasThe Myth of The Lazy Native. Ini sudah dijawab.

“Tapi masih ada ketua-ketua kita yang masih menyebut, Melayu ini malas, ini melukakan,” katanya ketika wawancara tersebut.

Menurut laporan Malaysiakini  Anwar bagaimanapun tidak menyebut pemimpin mana dalam Pakatan Harapan yang selalu melontarkan tuduhan orang Melayu sebagai masyarakat pemalas.

Bagaimanapun pada 8 Oktober 2019, Berita Harian melaporkan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menerajui kerajaan Pakatan Harapan ketika itu tetap dengan pendirian yang dilontarkan pada Kongres Maruah Melayu yang menyatakan Melayu malas.

Dr. Mahathir berkata, kenyataan yang beliau suarakan itu satu kebenaran berdasarkan pemerhatiannya yang mendapati masih ramai orang Melayu tidak mahu bekerja.

Justeru, dengan kenyataan itu, beliau berharap orang Melayu berusaha memperbaiki taraf hidup mereka dan tidak bergantung kepada orang lain.

“Saya dapati ada orang tak nak kerja, maknanya dia tiada minat. Kalau kita tak boleh tegur orang, macam mana kita nak betulkan orang?

“Kalau dia buat salah pun kita puji, itu salah. Saya cuma kata maruah orang Melayu ini akan dipulih semula oleh orang Melayu sendiri,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan pihak tertentu meminta supaya beliau berhenti mengeluarkan kenyataan mengaitkan Melayu sebagai malas.

Dr Mahathir ketika berucap di kongres itu menyifatkan masyarakat Melayu tidak sanggup membuat kerja berat dan kasar kerana berasa ia pekerjaan hina serta berpendapatan kecil.-SM 

(Visited 242 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button