Politik

KWSP: PN minta kita beri mereka sedikit masa – Najib

RAKYAT Malaysia yang mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diharapkan dapat menunggu sedikit masa lagi untuk mengeluarkan caruman mereka.

Ini kerana, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dikatakan sedang berusaha untuk menunaikan janji bagi membetulkan skim pengeluaran i-Sinar.

Hal demikian selepas terdapat rungutan daripada rakyat mengenai kriteria atau syarat yang dikenakan oleh KWSP bagi mengeluarkan RM10,000 secara one-off.

“Kategori 1 sudah elok. Kini cuma tinggal kategori 2 untuk ditambahbaik.

“Sekarang, PN minta kita beri mereka sedikit masa lagi untuk perbetulkan dan tunaikan janji.

“Seperti saudara dan saudari, saya pun tak gemar dikencing. Kita tengok minggu depan.”

Kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataannya hari ini mengenai maklumbalas Kerajaan PN terhadap pengeluaran KWSP.

Beliau juga berkata demikian mengulas sokongan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menyokong Belanjawan 2021 walaupun isu KWSP dan moratorium pinjaman belum diselesaikan.

Oleh demikian, beliau menafikan dakwaan sedemikian yang turut mendawak BN seolah-olah tidak berbuat apa-apa megnenai pengeluaran secara one-off KWSP.

“Ramai yang kecewa dan marah saya beri harapan palsu tentang pengeluaran akaun 1 KWSP.

“Tapi realitinya ialah BN telah perjuangkan dari tidak diberi langsung (PM8 kata sukar) sebelum bajet 2021 ke 600,000 orang diberi, ke dua juta orang diberi dan akhirnya ke lapan juta ahli yang layak sekarang.

“Ramai tak nampak itu dan tuduh kita tak ikhlas walaupun kita sudah lama bekerja untuk memperbaiki skim tersebut,” katanya.

Terdahulu, KWSP mengumumkan terdapat dua kategori yang boleh mengeluarkan caruman daripada Akaun 1.

Kategori pertama tidak memerlukan sebarang dokumen, bagaimanapun, kategori kedua pula mendapat bantahan ramai kerana kriteria yang ditetapkan sukar dipenuhi.

Malah, kriteria tersebut seolah-olah menafikan orang lain yang kurang terjejas walaupun secara keseluruhan kesan ekonomi memberi impak kepada setiap lapisan masyarakat. – SM

(Visited 1,768 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button