Politik

PRN: Tiket bas balik Kelantan habis, tiket kapal terbang RM1,000

PAKAT-PAKAT kelik Klate, nok ngundi! Nak kata apa lagi. Begitulah semangat kenegerian rakyat Negeri Kelantan yang memang lain dan sangat tebal.

Sejurus selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 12 Ogos depan sebagai tarikh mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri termasuk Kelantan, berduyun-duyun rakyat negeri menyerbu ke kaunter-kaunter menjual tiket bas untuk balik ke Pantai Timur.

Tindakan ini memang bijak kerana sediakan payung sebelum hujan dan kalau tiket bas habis dijual atau “habih licin, nok kelik lagu mano set-set ni”?

Kata Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman, jualan tiket bas secara dalam talian pun sudah habis.

“Ya kehabisan tiket. Sebaik sahaja SPR umum 12 Ogos sebagai hari mengundi untuk PRN, tiket sudah mula dibeli dan habis,” katanya.

Walaupun agak kelakar bunyinya apabila YB Mohd Syahir berkata, pembelian tiket bas ekspres ke Kelantan itu memberi isyarat gelombang anak perantauan mahu pulang mengundi cukup tinggi tetapi jangan lupa, ada juga yang mengambil kesempatan pulang ke Kelantan atas urusan lain termasuk cuti hujung minggu.

Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman

Bagaimanapun, kalau diikutkan, itu petanda baik bagi PAS di Kelantan untuk mengukuhkan terus kedudukan mereka sebagai kerajaan negeri.

Tidak timbul isu rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang itu mundur di bawah pemerintahan parti PAS sejak zaman Allahyarham Tok Guru Nik Aziz lagi, rakyat negeri Kelantan ok sahaja kehidupan mereka.

Bekerja, berniaga seperti biasa dan kalau ke Pasar Siti Khadijah di tengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, makanannya sedap-sedap belaka.

CERAMAH perdana PRN di Bachok malam tadi bersama Tan Sri Annuar Musa. – GAMBAR FACEBOOK

Memanglah YB Mohd Syahir rasa teruja dengan anak-anak Kelantan di perantauan sudah bising tiket bas habis nak balik mengundi.

Persoalannya, apakah alternatif yang boleh YB Mohd Syahir sediakan untuk angkut anak-anak jati Kelantan, anak-anak muda untuk balik semasa atau sebelum hari nak mengundi?

Bagi mereka yang berkemampuan, boleh beli tiket kapal terbang yang sudah tentunya mencecah harga kayangan.

Untuk kos mengundi balik naik kapalterbang ke Kelantan, tiket pergi-balik mahunya mencecah hampir RM1,000 seorang.

Satu lagi alternatif yang ada ialah naik keretapi tetapi kena gerak lebih awal daripada 12 Ogos!

Buat anak negeri Kelatan, selamat mengundi in advance dan pilih yang terbaik dan yang menjamin masa depan bukan termakan dakyah-dakyah politik. – SM

BACA Jangan ditipu PH kali kedua – Abdul Hadi

BACA Pas dijangka bertanding 13 kerusi di Negeri Sembilan

(Visited 114 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button