Politik

Bakri bukan calon pacak

 

MELAKA – “Jika inginkan calon profesional sebagai wakil rakyat, saya ada kriteria itu,” ujar ringkas Bakri Jamaluddin, calon Perikatan Nasional (PN) daripada Pas yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Menurut Ketua Penerangan PN itu, beliau berpengalaman terlibat dalam sektor perladangan apabila bekerja dengan sebuah syarikat Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) selama 34 tahun.

Beliau yang juga berkata, pengalaman itu sudah cukup membuka mata kepada pengundi di Klebang bahawa penampilan calon daripada PN mampu memenuhi kehendak masyarakat yang mahukan perubahan baharu bakal dibawa di sini.

“Insyallah jika diberi mandat, saya mampu menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat yang dapat membantu masyarakat berbilang kaum di daerah ini.

“Penampilan tujuh calon-calon Pas dalam PRN ini menampilkan gabungan golongan ulama, teknokrat, profesional dan pendidik.

“Pas bukan lagi boleh digelar sebagai sebuah parti ‘Tok Lebai’. Calon-calon Pas adalah dalam kalangan mereka yang berwibawa dan kita akan buktikan tanggapan itu tidak lagi wajar dilemparkan,” ujar Ketua Penerangan Pas Melaka.

Bakri yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya ini menegaskan, beliau tidak berdepan masalah untuk menarik minat pengundi sepanjang tempoh seminggu turun berkempen setakat ini.

Menurutnya, beliau tidak menafikan peluang PN untuk merampas kerusi DUN Klebang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) melalui Datuk Gue Teck.

Katanya, rakyat sudah tidak yakin dengan Pakatan Harapan (PH) sepanjang tempoh 22 bulan mereka memerintah negara dan Melaka.

Justeru kata Bakri, parti itu menawarkan budaya politik baharu yang berteraskan keharmonian semua kaum serta kepimpinan berintergriti, bersih dan prihatin untuk dinikmati oleh masyarakat di DUN Klebang.

Beliau menegaskan, apa yang ditawarkan itu dilihat mampu menarik minat pengundi di sini dan tidak mustahil PN mampu memenangi

Selain Gue Teck, Bakri turut berdepan seorang lagi calon iaitu Datuk Lim Ban Hong daripada Barisan Nasional (BN) yang tewas pada PRN-14 yang lalu.

(Visited 293 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button