Politik

Feri: DAP label MCA, Wee Ka Siong orang suruhan PN

SETIAUSAHA Agung DAP Lim Guan Eng melabel MCA dan Presidennya, Wee Ka Siang sebagai orang suruhan Kerajaan Perikatan Nasional.

Ia berikutan tindakan Ka Siong yang merupakan Menteri Pengangkutan untuk meneruskan pembatalan perkhidmatan feri lama yang menghubungkan Butterworth dengan Pulau Pinang.

Ahli Parlimen Bagan itu mendakwa, tindakan penamatan tersebut sebagai konfrontasi terbuka kerajaan PN terhadap rakyat Pulau Pinang.

“Pembatalan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang berusia 126 tahun merupakan konfrontasi terbuka Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terhadap rakyat Pulau Pinang yang diketuai oleh orang suruhan mereka iaitu MCA dan Wee Ka Siong,” tulis Guan Eng di Facebooknya.

Dalam satu kenyataan, selain perkhidmatan feri Guan Eng mendakwa Pulau Pinang telah kehilangan beberapa projek pembangunan yang diluluskan kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.

Antaranya termasuk penamatan cadangan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang tahun lalu dengan kos sekurang-kurangnya RM800 juta. Projek pembesaran itu akan diputuskan selepas 2023.

Kerajaan PN juga didkawa membatalkan geran RM100 juga untuk membina kereta kabel Penang Hill. Projek tersebut mengatasi kenaikan jumlah penumpang daripada 250,000 setahun kepada 2 juta penumpang.

Selain itu, kerajaan PN juga menangguhkan jaminan Kerajaan Persekutuan Negeri Pulau Pinang untuk mendapatkan pinjaman bagi membiayai pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) untuk mengatasi kesesakan kronik lalu-lintas yang menghalang prospek pertumbuhan masa depan.

Guan Eng berkata, kerajaan Pulau Pinang menyumbang sebanyak RM7 bilion dalam bentuk cukai dan hasil tahunan kepada kerajaan Persekutuan.

Dalam kenyataan terbaharu, Ka Siong berkata, kerajaan akan mempertimbangkan beberapa cadang untuk menjadikan feri ikonik Pulau Pinang sebagai restoran terapung, muzium atau pelayaran pelancongan selepas tidak lagi beroperasi.

Fasa pemodenan perkhidmatan feri Pulau Pinang akan dimulakan dengan memperkenalkan tiga bas air untuk penumpang bermula dari 1 Januari.

Kemudian diikuti pengenalan dua feri pengangkut kenderaan yang akan hanya membawa kenderaan dua roda seperti motosikal dan basikal yang akan beroperasi mulai tahun 2022.

Sejumlah RM30 juta diperuntukkan bagi tujuan pemodenan perkhidmatan feri tersebut yang akan disalurkan melalui dua bayaran pada tahun 2021 dan 2022.

Sebagai langkah sementara Penang Port Sdn Bhd (PPSB) akan menyediakan dua bot penumpang laju untuk mengangkut penumpang dan mendapatkan perkhidmatan milik Prasarana untuk mengangkut kenderaan dua roda dalam usaha membantu proses peralihan ke kapal baharu dalam tempoh tersebut.

PPSB juga akan menawarkan perkhidmatan bot laju secara percuma kepada penumpang untuk dua minggu mulai 1 Januari.-SM

(Visited 195 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button