NasionalPolitik

DAP terdesak, sebab itu minta lanjut MoU

DAP didakwa sebagai terdesak sebab itu mereka merayu supaya memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan disambung.

Ketua Pergerakaan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan mendakwa, cadangan DAP itu hanyalah untuk melengahkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Oleh itu beliau meminta kerajaan supaya tida melayan permintaan DAP itu.

Turut merayu supaya PRU15 diadakan apabila habis penggal ialah Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

“Mereka rayu kerana mereka berada dalam ketakutan dan gementar dalam kekecutan.

“Selama ini merekalah yang hendak membunuh kita. Kenapa pula kita hendak memberi nyawa kepada mereka untuk bunuh kita kembali?” Soalnya di dalam ucapan dasar di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).

Beliau berkata, fasa pandemik sudah beralih ke fasa endemik jadi tiada lagi sebab untuk memberi ruang kepada pemimpin pembangkang untuk berdalih daripada mengadakan pilihan raya umum. – SM

(Visited 338 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button