Nasional

SPRM siasat kes ceroboh tanah Pahang, pencemaran Sungai Gong

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang telah memulakan siasatan berkaitan isu pencerobohan tanah kerajaan negeri Pahang yang dijadikan ladang durian secara haram di Raub, Pahang.

SPRM dalam kenyataannya berkata, sedang mengumpul maklumat dan meneliti beberapa dokumen berkaitan daripada pihak terlibat.

“Kita meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan pencerobohan tanah di Raub untuk melaporkan terus kepada pejabat SPRM berdekatan.

“Kita juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan kegiatan rasuah atau salah guna kuasa dalam isu ini,” katanya.

Sementara itu, SPRM berkata, pihaknya juga telah memulakan siasatan berhubung isu pencemaran Sungai Gong, Rawang, Selangor bagi meneliti unsur-unsur rasuah melibatkan mana-mana pihak termasuk agensi penguat kuasa.


Jelasnya, pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan isu berkenaan untuk tampil memberi kerjasama dengan SPRM. -SM

(Visited 73 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button