Nasional

Yayasan Infaq Angkasa salur hampir RM13 juta dana wakaf

Yayasan Infaq Angkasa yang diasaskan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) sebagai sebuah permerbadanan berdaftar di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] sehingga kini telah menyalurkan dana wakaf hampir RM13 juta bagi tujuan pembangunan ekonomi rakyat dalam pelbagai sektor di Malaysia.

Perkara itu dinyatakan Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, ketika hadir dan menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Bangunan Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang – Yayasan Infaq  Angksa.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Yayasan Infaq Angkasa telah mewakafkan dua lot bangunan (empat unit) bernilai RM1,170,100 kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bagi memperkasakan pembangunan ekonomi setempat.

Sehingga kini, dana terkumpul wakaf telah mencecah sebanyak RM25 juta dan bakal memberi manfaat kepada masyarakat.

Untuk makluman ,Perlembagaan Persekutuan memperuntukan semua urusan hal ehwal agama Islam terletak d bawah kuasa Kerajaan Negeri termasuk urusan wakaf.

Sejajar  dengan itu, Yayasan Infaq Angkasa mengambil langkah proaktif memanfaatkan sebaiknya dana wakaf yang mana inisiatif ini mendapat pengiktirafan selaku Nazir Khas Wakaf oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan beberapa Majlis Agama Islam Negeri-Negeri yang lain.

Kawalan Enakmen atau Ordinan Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri dan Majlis Agama Islam Negeri melihat usaha sebegini sebagai langkah yang progresif dalam menggerakkan amalan berwakaf secara profesional dan berdaya saing berlandaskan hukum syarak.

Sejajar dengan itu, sudah tiba masanya badan korporat lain menjadikan wakaf sebagai instrumen dalam memperkukuhkan ekonomi pelbagai aktiviti komuniti setempat disokong tadbir urus berkesan selaras aspirasi kerajaan Malaysia Madani.

Yayasan Infaq Angkasa juga berharap agar pihak kerajaan dapat memberi pelbagai galakan inisiatif seperti pengecualian cukai kepada badan korporat yang menyumbang dalam usaha memperkasakan wakaf di Malaysia sebagai suntikan semangat dan dorongan yangamat penting dalam usaha memperkasakan sosioekonomi khususnya masyarakat Islam. – SM

(Visited 281 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button