MahkamahNasional

Zahid Hamidi diminta bela diri-Mahkamah

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur memutuskan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membela diri selepas pihak pendakwaraya berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Presiden UMNO itu, hari ini.

Hakim Collin Lawrence Sequerah ketika membuat keputusan berkata, kesemua 47 pertuduhan yang dihadapi Ahmad Zahid mengkehendaki bekas timbalan perdana menteri itu membela diri.

Kata Hakim Sequerah, “tiada merit atau imuniti ke atas 12 pertuduhan di bawah Seksyen 409, Kanun Keseksaan yang mana kesemua pertuduhan berjaya dibuktikan.

“Oleh itu, beliau perlu membela diri.”

Bagi lapan pertuduhan, Ahmad Zahid dituduh mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Anti-Rasuah 2009 dan kesemua pertuduhan dibuktikan prima facie, kata Hakim Sequerah.

Hakim Sequerah juga berkata, lapan kes yang dihadapi Ahmad Zahid di bawah Seksyen 50 (1) Akta Anti-Rasuah 2009 adalah prima facie.

Peguam Ahmad Zahid, Hisyam Teh Poh Tek memilih anak guamnya membuat pembelaan bersumpah.

Terdahulu, sebelum membacakan keputusan Mahkamah, Hakim Sequerah memaklumkan, kes-kes Ahmad Zahid tiada merit untuk mempertimbangkan imuniti.

Kesemua 12 kes bersabit dengan rasuah.

28 Mac adalah tarikh ditetapkan mahkamah untuk Ahmad Zahid membela diri.

Untuk rekod, bekas Menteri Dalam Negeri itu berhadapan dengan 47 pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Mahkamah berhenti rehat sebentar. – SM

(Visited 313 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button