Negeri

Warga MAIPs diingat terus tingkat kepuasan golongan sasar dan pemegang taruh

Dalam mengharungi tahun 2022 ini, seluruh warga pekhidmat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) diseru agar terus memberikan komitmen yang tinggi dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan kepuasan kepada golongan sasaran serta kesemua pemegang taruhnya.

Semua pekhidmat majlis beriltizam memastikan tahap kerja yang lebih aktif, kreatif dan proaktif dalam sebarang tindakan selain berusaha sedaya upaya menyediakan sebuah perkhidmatan yang lebih tepat, pantas, berkualiti dan pastinya memuaskan hati para pelanggan serta ‘stakeholders’.

Demikian apa yang telah dipersembah maklum oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika mengiringi baginda berangkat merasmikan kedai ais kacang yang diusahakan oleh Romli Desa, yang beroperasi di No.748, km 5.2, Jalan Santan dekat Kangar sempena program MAIPs Peduli bilangan ke-5 bagi tahun 2022 baru-baru ini.

Romli merupakan salah seorang usahawan yang menerima peruntukan sumbangan projek peningkatan sosio-ekonomi asnaf berupa peralatan kedai makan bernilai RM3,060 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebelum ini.

Turut mengiringi Tuanku Syed Faizuddin Putra ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ruzaini Rais dan Setiausaha Kedua di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur Ruthanne Soh Ying.

Sebelum itu, Tuanku Raja Muda turut berkenan meluangkan masa singgah menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs di 3 buah rumah asnaf terpilih milik Derhaman Salleh, warga emas yang tinggal seorang diri, Zahari Muhamad yang merupakan penerima ‘Bantuan Fitrah MAIPs’ dan Ahmad Sudin yang hilang pendapatan akibat masalah kesihatan. Masing-masing menerima RM700 setiap seorang.

(Visited 232 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button