Nasional

8 kategori ancaman siber yang sering menyerang rakyat – CyberSecurity Malaysia

KECANGGIHAN teknologi dan sistem yang pesat berkembang dalam masyarakat, memiliki kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

Antara kelebihan yang sedang dinikmati ialah penggunaan Internet dan gajet yang meluas dan banyak transaksi jual beli sudah boleh dilakukan tanpa tunai.

Dari segi kekurangannya, masih ramai pengguna belum sedar akan risiko dan ancaman siber yang wujud dalam masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM), Datuk Ts. Dr. Amirudin Abdul Wahab, berkata terdapat lapan kategori insiden berkait keselamatan siber yang diterima CSM.

“Ia merangkumi Pencerobohan, Kod Berbahaya, Penipuan, Pencerobohan, Spam, Penafian, Perkhidmatan Berkaitan Kandungan dan Laporan Kerentanan.

“Untuk rekod, laporan kepada CSM antara Januari hingga Mei 2022, kes yang melibatkan penipuan adalah antara yang paling banyak diterima,” katanya.

Amirudin mengulas mengenai jenis-jenis ancaman berkait keselamatan siber yang sering menyerang rakyat Malaysia dengan pelbagai cara.

“Dalam konteks ini, CyberSecurity Malaysia sememangnya memantau ruang siber negara berdasarkan laporan-laporan yang diterima melalui Pusat Rujukan Insiden Siber – Cyber999 dan juga maklumat yang diterima daripada sumber yang boleh dipercayai,” katanya. – Sm

(Visited 1,301 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button