NasionalUncategorized

SPRM mulakan siasatan baharu terhadap Tengku Adnan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil maklum berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang melepas tanpa membebaskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atas pertuduhan menerima rasuah RM1 juta daripada seorang ahli perniagaan pada 2013.

SPRM dalam kenyataannya berkata, keputusan melepas tanpa membebaskan ini tidak bermaksud beliau dibebaskan sepenuhnya namun masih boleh dituduh pada bila-bila masa sekiranya diberi keizinan mendakwa daripada Jabatan Peguam Negara.

“Merujuk kes sama, SPRM difahamkan bahawa terdapat perkembangan baharu yang telah dikemukakan oleh pihak tertuduh serta satu laporan dibuat terhadap seorang saksi kes ini yang memerlukan siasatan lanjut oleh SPRM.

“SPRM akan memulakan siasatan dengan perkembangan baharu tersebut dan mengemukakan semula kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk pertimbangan setelah semuanya selesai,” katanya.

Menurutnya, terdapat satu lagi kes terhadap Datuk Seri Tengku Adnan yang masih menunggu keputusan dan tiada kena-mengena dengan keputusan mahkamah hari ini.


Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melepas tanpa membebaskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atas pertuduhan menerima rasuah RM1 juta daripada seorang ahli perniagaan pada 2013.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim memaklumkan bahawa pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan kes terhadap Tengku Adnan, 69. – SM

(Visited 123 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button