Nasional

Jalan Tun Razak sesak angkara ular dalam kereta

KESESAKAN jalan raya di Jalan Tun Razak pagi tadi rupanya disebabkan oleh seekor ular yang berada di dalam sebuah kereta.

Komander Operasi, Sandra Segaran Gandi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.24 pagi.

“Pengadu hadir ke balai bomba untuk meminta bantuan mengeluarkan ular daripada tayar bekalang kereta.

“Semasa pemeriksaan, kita dapati memang ada seekor ular sawa di tayar belakang kereta jenis Honda CRZ itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, ular sepanjang 1.2 meter itu berjaya dikeluarkan dengan menggunakan penjerut ular dan operasi tamat kira-kira pukul 9.15 pagi. -SM

(Visited 364 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button