Jenayah

Bomba selamatkan dua beradik terkunci dalam kereta

MELAKA 25 Januari – Orang ramai gempar apabila dua beradik enam bulan dan dua tahun terperangkap dalam sebuah kereta yang terkunci di Bukit Palah di sini dalam kejadian berlaku hari ini.

Kejadian itu berlaku ketika ibu kepada kanak-kanak terbabit meninggalkan mereka dalam kereta Proton Wira ketika keluar untuk membayar tiket parking.

Bagaimanapun, tindakan pantas anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh berjaya membuka pintu kereta

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Iswandy Aripin berkata, pihaknya ke tempat lokasi sejurus menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 9.27 pagi.

“Apabila bomba tiba di tempat kejadian mendapati dua kanak-kanak itu masih terkunci dalam kereta tersebut.


“Anggota bertindak menggunakan peralatan khas dan berjaya membuka pintu kereta serta berjaya mengeluarkan kanak-kanak tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Iswandy berkata, kanak-kanak tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah diserahkan kepadanya.

Menurutnya, seramai tujuh anggota dan Pasukan Khas Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

(Visited 70 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button