Nasional

Kerah 22,000 cawangan UMNO bantu perangi Covid-19

MENGGERAKAN 22,000 cawangan UMNO di seluruh negara bagi membantu memerangi wabak Covid-19 merupakan antara tiga cadangan yang dikemukakan oleh Tan Sri Annuar Musa untuk dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Muafakat Nasional (MN).

Annuar berkata, semua cawangan UMNO itu perlu dikerah bagi memperkasakan masyarakat dalam memerangi wabak itu.

“Adalah bermunafaat sekali kiranya mesyuatat MN dan MKT nanti dapat tumpu pada perkara berikut: Bagaimana 22,000 cawangan UMNO dapat dikerah untuk menggerakkan Community Empowerment memerangi Covid-19.

“Isu-isu kritikal ekonomi terutama yang menyentuh kebajikan rakyat, persiapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15),” katanya dalam hantaran di Twitter.

MKT UMNO dijangka bermesyuarat esok yang antara agenda utama dipercayai berkaitan sokongan parti itu kepada kerajaan Pakatan Nasional (PN).

Sebelum ini, Biro Politik UMNO yang bermesyuarat telah mencadangkan supaya parti itu menarik balik sokongan kepada PN.

Jika itu berlaku maka PN akan kehilangan majoriti yang boleh menyebabkan kerajaan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tumbang.

Pada masa sama, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mendakwa mempunyai majoriti yang mencukupi untuk mengambil alih kerajaan daripada Muhyiddin.

Anwar, Ketua Pembangkang, sudahpun menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan angka yang dikatakannya itu.

Malah UMNO yang dikatakan tidak berpuas hati dengan agihan jawatan utama dalam Kabinet serta terpaksa mengalah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah turut dikaitkan dengan langkah Anwar. – SM

(Visited 76 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button