Luar Negara

SpongeBob SquarePants and Patrick Star Tampil Berbusana Melayu, Ucap Salam Ramadan!

Karakter animasi popular, SpongeBob SquarePants serta Patrick Star yang tampil berbusana Melayu dan menzahirkan ucapan salam Ramadan mencuit hati warga Twitter.

Rata-rata mengatakan Nickelodeon pandai mengambil hati umat Islam yang menunaikan puasa dalam bulan Ramadan terutamanya bagi golongan yang membesar dengan animasi ini.

Namun demikian seperti biasa, budaya tuntut-menuntut pasti tidak akan terkecuali ibarat umat Islam melawan hawa nafsu dan kegoyangan iman dalam diri.

Terdapat segelintir warga Indonesia yang kurang matang dalam arena Twitter mengatakan busana yang dipakai SpongeBob serta Patrick adalah berasal daripada Indonesia.

Untuk pengetahuan umum, sebenarnya cara untuk mengenal pasti baju warisan Melayu ini daripada Indonesia atau Malaysia cukup mudah caranya iaitu menerusi drama tempatan.


Mana pernah orang Melayu Islam di Indonesia pergi ke masjid atau surau dalam cerita-cerita bertemakan keinsafan di TV3 memakai pakaian sebegitu.

Lainlah orang Melayu Islam di Malaysia, Google sahaja pun sudah boleh jumpa jawapan tanpa perlu menuntut budaya pemakaian ini siapa pemiliknya.

SpongeBob SquarePants merupakan siri televisyen komedi animasi Amerika yang dicipta oleh pendidik sains marin dan animator, Stephen Hillenburg untuk Nickelodeon.

(Visited 43 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button