Nasional

Sindiket penipuan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja tumpas

JABATAN Imigresen Malaysia telah berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) dalam satu operasi yang dijalankan ke atas sebuah premis di Kuala Lumpur pada 15 April 2022.

Dalam operasi ini, seramai tiga orang warga asing dan seorang lelaki tempatan telah ditahan. Kesemua mereka berumur diantara 20 hingga 47 tahun.

Turut dijumpai di premis tersebut ialah sejumlah 264 naskah pasport pelbagai negara seperti Bangladesh, Indonesia dan India dipercayai cuba didaftarkan dalam Program RTK.

Turut dirampas adalah wang tunai berjumlah RM 7,270.00 dipercayai sebahagian  hasil kutipan transaksi  harian dari aktiviti berkenaan.

Modus Operandi sindiket adalah menjadikan premis syarikat pelancongan sebagai lokasi pendaftaran, pengumpulan pasport dan penerimaan bayaran dari warga asing untuk menyertai Program RTK.

Sindiket didapati menjalankan aktiviti menyerupai syarikat outsourcing yang telah dimansuhkan dengan menggunakan beberapa syarikat tidak aktif (dormant) untuk mendapatkan kuota pekerja asing di bawah  Program RTK.

Baca artikel ini > Imigresen tumpaskan sindiket Ah Long Bangladesh

Khidmat pekerja-pekerja asing yang berjaya didaftarkan akan ditawarkan kepada mana-mana individu atau syarikat yang memerlukan pekerja asing dengan bayaran tertentu.

Pihak sindiket dipercayai mengenakan bayaran di antara RM6,500.00 hingga RM8,000.00 seorang bagi mendapatkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk pelbagai sektor melalui program berkenaan.

Berdasarkan jumlah pasport dan tempoh beroperasi, sindiket ini dipercayai  berjaya mengaut keuntungan mencecah RM2 juta melalui caj yang dikenakan ke atas pekerja asing, syarikat atau individu yang menjadi pelanggan mereka.

Kesemua tahanan dibawa ke Jabatan Imigresen Putrajaya untuk siasatan dan tindakan lanjut. Kesalahan disiasat dibawah  Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan  Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Orang ramai terutamanya warga asing dan majikan dinasihatkan supaya berurusan terus dengan JIM dan tidak menggunakan orang tengah atau ejen dalam urusan mendapatkan PLKS yang sah di bawah  Program Rekalibrasi Tenaga Kerja.  – SM

(Visited 313 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button