Nasional

15.1% rakyat telah divaksin, 268,604 dos diberi semalam

SEJUMLAH 15.1 peratus atau 4,924,334 rakyat Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sejumlah 1,898,770 atau 5.8 peratus daripada populasi telah menerima kedua-dua dos vaksin Covid-19.

Sehingga kini 6,823,104 dos vaksin telah diberikan kepada rakyat.

Buat hari ketiga berturut-turut jumlah vaksin yang diberikan melebihi 250,000 dos apabila 268,604 dos vaksin berikan semalam. Daripada jumlah tersebut 175,201 merupakan dos pertama dan 93,403 dos kedua.

Kuala Lumpur masih mengatasi wilayah lain dari segi jumlah penerima vaksin apabila 48.9 peratus atau 857,550 populasi di ibu negara telah menerima dos pertama. Manakala 9.2 peratus atau 163,987 menerima dos kedua.

Sarawak mengambil alih kedudukan Selangor menjadi negeri kedua tertinggi menerima vaksin. Sejumlah 830,758 (29.5%) telah disuntik dengan dos pertama dan 195,607 (6.9%) medapat dos kedua.

Selangor ketiga tertinggi jumlah penduduk menerima vaksin Covid-19 iaitu 763,987 (11.7%) menerima dos pertama dan 251,260 (3.8%) menerima dos kedua.

Johor masih mengekalkan kedudukan keempat tertinggi dengan 414,440 (11.0%) menerima suntikan vaksin pertama dan 199,873 (6.3%) menerima dos kedua.-SM

(Visited 379 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button