Nasional

Sindiket dadah tumpas, rampasan dadah bernilai RM137,000

PENAHANAN seorang wanita berusia 28 tahun akhirnya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah bagi pasaran sekitar Lembah Klang.

Difahamkan wanita itu ditahan di kawasan lobi sebuah apartement di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur kira-kira pukul 9.40 malam pada 26 Jun lalu.

Hasil pemeriksaan terhadap suspek telah menemukan dadah disyaki jenis ganja (10 gram).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Adnan Azizon berkata, hasil soal siasat terhadap suspek membawa kepada serbuan di sebuah rumah di lokasi sama.

“Dalam serbuan kira-kira pukul 10.05 malam itu, kita telah menahan dua lelaki berusia 28 dan 18 tahun.

BACA> El berjaya ditahan, polis kini buru Thamby

“Kita turut menemukan dadah jenis serbuk MDMA (549 GRAM), ketamin (147 gram), ganja (119 gram), pil erimin 5 (390 biji) dan pil ekstasi (58 biji),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Adnan, turut dirampas ialah wang tunai berjumlah RM17,566, sebuah kereta jenis BMW, sebuah kereta Honda Civic, sebuah kereta Nissan Teana dan pelbagai barangan kemas.

Jelasnya, kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis ketamin dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Sementara itu, Adnan berkata, hasil soal siasat kesemua suspek telah membawa kepada serbuan seterusnya kira-kira pukul 3.45 pagi pada kelmarin.

“Serbuan dilakukan di sebuah rumah di Jalan Persiaran Batu Caves berjaya menahan seorang lelaki serta seorang wanita warganegara Korea berusia 26 dan 22 tahun yang juga pasangan suami isteri.

BACA> Persenda jata negara ibarat cuba ganggu kedaulatan negara

“Hasil pemeriksaan telah menemukan dadah jenis ketamin (274.56 gram), serbuk MDMA (51.5 gram) serta merampas sebuah kereta Alphard, wang tunai berjumlah RM61,000 dan barang kemas,” katanya.

Ujarnya, tiga suspek serbuan pertama telah ditahan reman selama tujuh hari bermula 27 Jun dan dua lagi suspek juga direman selama tujuh hari bermula 28 Jun.

Adnan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Tambah Adnan, nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan berjumlah RM641,572. -SM

(Visited 426 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button