Nasional

Covid-19 naik 6,849 kes hari ini, 4 kes import

BUTIRAN terkini kes baharu Covid-19 mencatat kenaikan kepada 6,849 dengan kes import, empat kes, seperti mana yang dilaporkan dalam laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) petang ini.

Daripada jumlah keseluruhan kes baharu itu, 6,845 adalah kes tempatan dan jika dibandingkan dengan semalam, kes Covid-19 ialah 5,671.

Hari ini, kes sembuh adalah 87.22 peratus dengan catatan kes baharu  sejumlah 7,749  manakala jumlah kes sembuh keseluruhan pula, 563,779.

Kekal diam di rumah dan mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan oleh pihak penguatkuasa diharap dapat memutuskan rantaian wabak Covid-19 di negara ini.

KKM turut merekodkan 78,864 kes aktif dengan jumlah kes ICU, 912 dan 458 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Enggan menjadi angka penyumbang kepada jumlah kes kematian, hari ini, catatan kes kematian baharu 0.58 peratus atau 84.  Jumlah kes kematian secara keseluruhan ialah 3,768.

Sementara itu, Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya di laman rasmi KKM memaklumkan, 73 kes kematian pada hari ini melibatkan 29 kes di Selangor.

“11 kes di Johor, lapan (8) kes di Negeri Sembilan, masing-masing empat (4) kes di Kedah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Pulau Pinang, tiga (3) kes di Pahang, dua (2) kes di Kelantan, serta masingmasing satu (1) kes di Melaka, Sabah, Terengganu dan Perak,” katanya.

Untuk rekod, KKM memaklumkan bermula 13 Mei 2021 sehingga 10 Jun 2021, terdapat sebanyak 60 kluster perayaan yang berpunca daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri (58 kluster) dan Hari Gawai (2 kluster) telah dilaporkan.

Sebanyak 13,023 individu telah disaring dalam kluster ini, di mana terdapat 3,511 kes COVID-19 telah dikenalpasti seterusnya menjadikan kadar positif adalah sebanyak 27.0 peratus, kata Dr. Noor Hisham.

“Daripada jumlah 3,511 kes tersebut, 20 kematian telah dilaporkan dan sehingga kini 11 kes masih dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya. – SM

(Visited 72 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button