BeritaEkonomiNasional

Hutang kerajaan hampiri RM1 trilion

HUTANG kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijangka mencecah RM1 trilion tidak lama lagi.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa, kerajaan telah menambah hutang negara sebanyak RM61.9 bilion setakat tahun ini dan RM54.2 bilion tahun lepas.

Hutang tersebut katanya, tidak lagi mengambil kira bon samurai kedua yang Menteri Kewangan, Lim Guan Eng belum mengumumkan butirannya.

Berikut adalah kenyataan penuh Najib yang disiarkan menerusi akaun Facebook miliknya:

Menteri Kewangan pinjam RM4 bilion lagi.

Pinjam minggu ini, bayar balik tahun 2023 selepas PRU15.

Dua minggu dahulu, saya kata dia telah tambah hutang negara sebanyak RM69.9 bilion untuk tahun 2019 setakat 29 Oktober.

Iaitu telah terlebih pinjam RM17.4 bilion berbanding unjuran RM52.5 bilion seperti dalam bajet.

Untuk bulan Oktober sahaja setakat 29 haribulan,  PH telah pinjam RM10 bilion dan bayar balik kosong.

Namun pada 31 Oktober 2019 pula, dia bayar balik RM11.8 bilion dan dia keluarkan kenyataan media bahawa “siapa yang kata kerajaan PH tidak bayar satu sen hutang pada bulan Oktober merupakan pembohong tegar, jahil atau tidak mampu membaca data kewangan secara tepat”.

Ini kelakar.Pada 29hb Oktober, saya membuat posting bahawa kerajaan PH telah terlebih pinjam RM19 bilion setakat hari…

Posted by Najib Razak on Sabtu, 2 November 2019

Lagi menakjubkan ialah siaran media dia sendiri juga mengesahkan bahawa setelah bayar balik RM11.8 bilion itu, kerajaan masih lari bajet sebanyak RM7.4 bilion.

Tapi dia janji akan selesaikan RM7.4 bilion terlebih pinjam ini dalam tempoh dua bulan November dan Disember ini.

Bagaimanapun, kini sudah sampai pertengahan bulan November.

Tinggal 1 1/2 bulan untuk dia bayar balik RM7.4 bilion itu.

Akan tetapi dia tak bayar balik RM7.4 bilion pula.

Malah pinjam lagi RM4 bilion hari ini.

Ini bermaksud, kerajaan PH telah terlebih pinjam RM11.4 bilion untuk tahun 2019 setakat ini.

Maka, peluang untuk kerajaan PH lari bajet tahun ini dan diturunkan penarafan kredit semakin cerah.

Dan masa untuk kerajaan PH memenuhi visi mereka untuk hutang negara benar-benar RM1 trilion semakin dekat.

Untuk maklumat rakyat, kerajaan PH telah tambah hutang negara sebanyak RM61.9 bilion setakat tahun ini sahaja dan RM54.2 bilion pada tahun lepas.

Belum lagi ambil kira bon samurai kedua yang Guan Eng belum berani umum butiran.

Show More

suaramerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button
error: Isi kandungan ini di lindungi dari Copy & Paste !!
Close
Close