BeritaPolitik

Liu terselamat, Bossku cakap pemimpin Bersatu pengecut

KETERLANJURAN cakap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah menyelamatkan Ronnie Liu daripada dikenakan tindakan disiplin oleh DAP.

Setelah semalam Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tiada tindakan akan diambil terhadap menteri besar Perak itu, hari ini DAP pula mengumumkan keputusan yang sama.

Bezanya Liu mengkritik Dr. Mahathir, manakala Faizal mengkritik DAP Perak.

Liu mengkritik Dr. Mahathir sebagai tidak lagi berguna kepada Pakatan Harapan (PH) selepas membantu gagasan itu memenangi pilihan raya lalu dan artikel tulisan beliau disiarkan oleh portal berita Malaysiakini.

Faizal pula terlepas cakap ketika berdepan konfrantasi penduduk Tanjung Piai semasa berkempen pada pilihan raya kecil di parlimen berkenaan.

Jawatankuasa disiplin DAP hari ini menerima penjelasan Ronnie Liu mengenai artikelnya yang membidas Perdana Menteri.

Pengerusi jawatankuasa itu, Chong Chieng Jen berkata, ADUN Sungai Pelek itu telah memberi maklum balas yang panjang lebar berhubung surat tunjuk sebab yang dikeluarkan terhadapnya.

“Kami telah meneliti penjelasannya dan jawatankuasa ini menerima penjelasannya,” katanya dalam satu kenyataan pada petang ini.

Pada catatan sama, Chong berkata jawatankuasa itu menasihatkan semua anggota DAP pada masa akan datang untuk tidak mengeluarkan kritikan terbuka terhadap rakan gabungan mereka tetapi sebaliknya menggunakan saluran dalaman untuk menyelesaikan perbezaan.

Bulan lalu, setiausaha penganjur DAP Anthony Loke merujuk Liu kepada jawatankuasa disiplin parti mengenai artikelnya yang diterbitkan dalam Malaysiakini berjudul Mahathir: The paper tiger.

Menyifatkannya sebagai pandangan peribadi dan tidak mencerminkan pendirian DAP, Loke, yang juga menteri pengangkutan, menegur Liu kerana membuat kenyataan “tidak bertanggungjawab” itu dan tindakan tersebut sangat serius dan juga sebagai sabotaj parti.

Liu dalam artikelnya membidas Dr Mahathir, berkata sekiranya pengerusi Bersatu itu cuba memecahkan PH – DAP, PKR, Amanah, Warisan dan Upko – masih boleh bergabung serta membentuk kerajaan baharu tanpa Bersatu.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hantaran facebook menyifatkan pemimpin Bersatu sebagai pengecut kerana menerima keputusan itu tanpa sebarang bantahan.

“Bulan lepas, ramai pemimpin PPBM mahu PH ambil tindakan ke atas pemimpin DAP Ronnie Liu kerana mengeluarkan dua kenyataan untuk mengecam PM ke-7 siap dengan gelaran Harimau Kertas.

“Masa itu, PPBM sangat marah. Ada yang melompat-lompat marah lalu mengeluarkan kenyataan-kenyataan rasmi. Tapi Guan Eng redakan keadaan dengan kata DAP akan rujuk Ronnie Liu kepada lembaga disiplin parti.

“Hari ini, DAP kata tiada apa-apa tindakan perlu diambil ke atas Ronnie Pemimpin-pemimpin PPBM pun telan sahaja. Mana berani lawan?” katanya.

(Visited 65 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button