Nasional

Tiga kampung di Kudat dikenakan PKPD, PKPB di Labuan dilanjutkan

TIGA kawasan itu Kampung Pangaraban, Kampung Tanjung Kapur dan Kampung Landung Ayang dalam daerah Kudat, Sabah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD itu akan bermula Jumaat ini sehingga 12 November depan.

“Keputusan itu dibuat memandangkan peningkatan kes di ketika-tiga lokasi dan di atas nasihat Kementerian Kesihatan.

“Arahan PKPD itu akan melibatkan sebanyak 2,393 unit rumah dengan jumlah penduduk sebanyak 13,884 orang,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Menurut Ismail, pematuhan operasi standard (SOP) yang sama juga akan dilaksanakan di kawasan tersebut seperti menghentikan semua aktiviti harian termasuk ekonomi.

“Kedai runcit akan dibenarkan beroperasi bermula pukul 6 pagi hingga 6 petang untuk mereka mendapatkan barangan keperluan masing-masing,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengumumkan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Labuan kepada dua minggu lagi bermula 31 Oktober depan.

“Pihak kesihatan masih meneruskan saringan bersasar kepada penduduk dan sehingga kini, masih ada peningkat kes positif Covid-19 yang dikesan.

“Di atas nasihat KKM, kita lanjutkan lagi PKPB di Labuan selama dua minggu,” katanya. -SM

(Visited 238 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button