Nasional

536 individu ditahan ingkar SOP PKPP di seluruh negara

SEBANYAK 536 individu ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Daripada jumlah itu, seramai 527 individu telah dikompaun manakala lapan direman dan satu dijamin.

” Antara kesalahan ingkar SOP tertinggi dicatatkan ialah gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal iaitu sebanyak 153 orang.

“Lain-lain kesalahan termasuklah tidak memakai pelitup muka (134), premis gagal menyediakan peralatan/merekod butiran pelanggan (107), rentas negeri/daerah PKPB tanpa kebenaran (40), premis beroperasi lebih masa (37), Aktiviti pusat hiburan (8) dan lain-lain (57),” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Menurutnya, sebanyak 2,774 Pasukan Task Force Operasi Pematuhan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terdiri daripada 12,155 anggota telah melakukan 53,488 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP di seluruh negara.

Ujarnya, sebanyak 3,231 pasar raya, 4,511 restoran, 1,119 kilang, 1,852 pasar awam/tani, 2,865 tempat ibadah serta 1,283 tempat riadah telah diperiksa.

Tambahnya, Task Force akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan. -SM

(Visited 82 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button