Nasional

El berjaya ditahan, polis kini buru Thamby

Susulan kes culik dan bunuh Datuk Seri

Lelaki yang diburu polis, Sheikh Ismail Sheikh Hassan atau El yang diburu polis semalam berjaya ditahan kira-kira pukul 7.30 malam semalam.

Suspek ditahan di Bukit Sentosa, Kuala Kubu Baru dan kini telah ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Polis sebelum ini memburu suspek untuk membantu siasatan kes berkaitan kes culik dan bunuh seorang lelaki bergelar Datuk Seri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pihaknya kini sedang mengesan seorang lagi suspek untuk membantu siasatan kes.

BACA> Polis cari El bantu siasatan kes culik dan bunuh Datuk Seri

“Suspek ialah Vikneswarar Nagentiran yang juga dikenali sebagai Thamby atau Vinod, 28.

“Alamat suspek yang berjaya dikesan di 587-144 New Green Park, Rawang, Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Fadzil, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan suspek boleh menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Fakhzan Mohd. Nordin di talian 017-2551403.

Media sebelum ini melaporkan penemuan mayat yang dipercayai seorang Datuk Seri berusia 55 tahun di Kawasan belukar di Batu 27, Jalan Rawang, Bestari Jaya kira-kira pukul 9 pagi kelmarin.

BACA> Ancaman diterima saya adalah lumrah – Ayob Khan

Mangsa diculik ketika sedang berjoging di sebuah taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada 10 Jun lalu kira-kira jam 10.30 pagi

Kehilangan pemaju hartanah itu diketahui keluarganya pada waktu tengah hari tarikh yang sama selepas menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali meminta wang tebusan sebanyak S$50 juta (RM154 juta).

Selain itu, Malaysiakini dalam laporannya berkata seorang daripada suspek yang ditahan bergelar Datuk dan pernah menjadi calon kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor pada pilihan raya umum ke-13. -SM

(Visited 378 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button