HiburanNasional

SiberKASA telefilem pertama FINAS-CyberSecurity untuk Keluarga Malaysia

SIBERKASA terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia buat pertaman kalinya akan diterbitkan di layar perak dengan memaparkan plot cabaran yang ditempuhi oleh juruanalisa dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab melindungi negara.

SiberKASA terbitan bersama FINAS dan CyberSecurity iaitu agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) merupakan telefilem yang menyentuh keselamatan siber yang diangkat berdasarkan kisah benar mengenai isu-isu keselamatan siber yang berlaku setiap hari dalam Keluarga Malaysia.

Menurut satu kenyataan hari ini, telefilem tersebut berdurasi 90 minit arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin dilancarkan oleh Menteri KKM, Tan Sri Annuar Musa sempena Pameran 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Pameran 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia berlangsung selama empat hari, mulai hari ini sehingga 12 Disember bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Menurut Annuar, Keluarga Malaysia telah menerima serta menggunakan teknologi dan internet sebagai gaya hidup era digital masa kini.


Namun katanya, di sebalik penggunaan tersebut, mereka tidak mengamalkan tingkah laku yang sewajarnya malah masih ramai menggunakan teknologi secara negatif, tidak beretika dan tanpa sikap bertanggungjawab menyebabkan Keluarga Malaysia terdedah kepada ancaman dan serangan siber yang menimbulkan ketidakharmonian sosial dalam Keluarga Malaysia dan sekaligus, menggugat kesejahteraan negara.

“Justeru telefilem SiberKASA ini diharap dapat dijadikan sebagai salah satu cara mendidik masyarakat memahami trend mukhtahir ancaman siber, modus operandi jenayah  siber serta amalam terbaik yang perlu diamalkan oleh warga digital Keluaga Malaysia sewaktu menggunakan teknologi dan internet,” katanya.

Beliau turut menggesa Keluarga Malaysia agar mengambil ikhtibar insiden dan ancaman siber yang berlaku bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa serangan siber.

Katanya, selain itu, warga digital dalam Keluarga Malaysia perlu memiliki kawalan kendiri sewaktu menggunakan teknologi, internet dan media sosial.

Beliau turut mengharapkan penerbitan telefilem ini nanti dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga digital Keluarga Malaysia mengenai ancaman dan serangan siber serta mampu menyemai sikap positif dan cakna terhadap penggunaan teknologi melalui babak yang dipaparkan menerusi telefilem itu nanti.

Telefilem yang merupakan karya ulung berkaitan bidang keselamatan siber dengan barisan pelakon terdiri daripada Zulhuzaimy, Thanuja, Mona Allen, Qi Razali dan Riz Amin.

“Kita harap dengan barisan pelakon ini, dapat mempromosikan bidang keselamatan siber di negara kita dan memberi manfaat kepada golongan belia khususnya dalam memupuk minat mereka menceburi bidang keselamatan siber dan berbakti kepada negara sebagai pelindung keselamatan siber.

“Kesemua prosedur dan pengoperasian yang dipaparkan mengikut kaedah tatacara kerja sbenar dan bukan hanya sekadar lakonan,” katanya sambil menambah, selain memberi gambaran jelas tentang bidang kerjaya juruanalisa keselamatan siber, telefilem ini dapat mewarnai industri perfileman negara dalam kepelbagaian genre.

Telefilem SiberKASA akan ditayangkan hujung tahun ini dan Keluarga Malaysia boleh menontonnya di saluran media tempatan. – SM

(Visited 161 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button