fbpx
Nasional

UniMAP lindungi 32 harta intelek dengan kos minimum – Raja Muda Perlis

PUSAT Pengkomersialan Harta Intelek (CIPC) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya mendaftar perlindungan harta intelek untuk 32 teknologi penyelidikan UniMAP dengan peruntukan yang sangat minimum pada tahun 2019 yang lalu.

Lebih membanggakan lagi, CIPC telah mencatat bilangan pendaftaran perlindungan harta intelek yang paling tinggi sejak lima tahun yang lepas.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap hormat oleh Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), Kementerian Pertahanan Malaysia, Dr. Mohmad Asri Abd Ghani di Kangar pada malam semalam.

Menurut Tuanku Raja Muda, hubungan UniMAP dengan industri sentiasa diberi perhatian khusus oleh pengurusan universiti dan juga Lembaga Pengarah Universiti.

Tambah baginda, bagi tahun 2019, perkembangan hubungan UniMAP dan industri amat memberansangkan. Sebanyak sepuluh Centre of Technology (CoT) telah ditubuhkan di UniMAP dengan kerjasama sepuluh industri terkemuka Malaysia dan antarabangsa.


Untuk rekod, sebanyak 12 MoU dan 5 MoA telah ditandantangani oleh UniMAP bersama pihak industri termasuk E-Idaman, Minebea Electronics Motor, Sarawak Convention Bureau, Smart Modular Technologies Sdn Bhd, Supercomal Medical Products Sdn. Bhd, Walta Engineering, Flextronics Technology, Huawei Technologies, Molex (Malaysia) Sdn.Bhd,. Pens Industries Sdn. Bhd.

Selain daripada itu, beberapa aktiviti dan program bersama industri juga telah diadakan sepanjang tahun lalu oleh UniMAP. Antaranya, Majlis Jamuan Raya UniMAP bersama industri (55 industri), Sembang Santai Akademia-Industri bersama LPU (23 industri), Northern Industrial Career Engagement (37 industri) dan empat sesi lawatan Pengurusan Tertinggi UniMAP ke industri (Inari,KISMEC, Infineon, dan Silterra).

Dalam program berasingan pagi tadi pula, Mohmad Asri mengadakan perbincangan dengan Naib Canselor UniMAP Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad dan Pengarah Kolej Vokasional Kangar Mohamad Yatim Abu Bakar bagi menerokai peluang-peluang kolaborasi bersama di masa hadapan. – SM

Show More

Related Articles

Back to top button