Nasionalpilihan

Pelawaan rangkaian hotel taraf 4 dan 5 bintang labur di Perlis – Raja Muda

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengalu-alukan rangkaian-rangkaian hotel bertaraf 4 dan 5 bintang untuk melebarkan sayap pelaburan ke Perlis.

Kehadiran para pelancong yang melebihi 4 juta orang pada tahun 2023 menjadikan Perlis merupakan potensi pasaran baharu yang wajar diberikan perhatian dan diterokai secara serius.

Pada masa yang sama semua Kerajaan Negeri serta pemain industri pelancongan perlu melipatgandakan usaha dan meningkatkan sinergi dalam membuat persediaan rapi bagi memastikan kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 yang menyasarkan ketibaan seramai 26.1 juta pelancong asing tercapai, sekali gus memberi impak ekonomi yang optimum, titah Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen bergambar kenangan dengan barisan pihak MATTA selepas merasmikan Majlis Pembukaan ‘March MATTA Fair 2024’ di MITEC, Kuala Lumpur.

Demikian titah Baginda ketika berkenan berangkat merasmikan Majlis Pembukaan ‘March MATTA Fair 2024’ di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Jalan Dutamas 2, Segambut, Kuala Lumpur.

Keberangkatan tiba baginda diiringi Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah disambut oleh
Presiden MATTA, Nigel Wong dan Pengerusi Penganjuran MATTA Fair, Datuk Tan Kok Liang.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan berbual dengan para hadirin selepas merasmikan Majlis Pembukaan ‘March MATTA Fair 2024’ di MITEC, Kuala Lumpur.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan, Pengerusi Tourism Malaysia Datuk Dr Yasmin Mahmood, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Manoharan Periasamy dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG) Ahmad Luqman Mohd Azmi.

MATTA Fair merupakan salah satu pameran pelancongan terbesar di Malaysia yang diadakan beberapa kali setahun di pelbagai lokasi di seluruh negara.

Edisi ke 54 kali ini berlangsung selama tiga hari bermula daripada 22 hingga 24 Mac 2024 di MITEC dengan negeri Perlis yang sedang menjayakan kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 dipilih sebagai ‘Malaysia’s Favourite Destination’. – SM

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen bergambar kenangan dengan pihak MATTA selepas merasmikan Majlis Pembukaan ‘March MATTA Fair 2024’ di MITEC, Kuala Lumpur.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen mendengar ucapan Nigel Wong pada Majlis Pembukaan ‘March MATTA Fair 2024’ di MITEC, Kuala Lumpur.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar kenangan di salah sebuah reruai pada ‘March MATTA Fair 2024’ di MITEC, Kuala Lumpur.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen bergambar kenangan dengan wakil kerajaan Perlis dan MATTA pada Majlis Pembukaan ‘March MATTA Fair 2024’ di MITEC, Kuala Lumpur.

Baca ini > Raja Muda, Raja Puan Muda Perlis saksi MoU Pakej Agro-Pelancongan

(Visited 43 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button