BeritaNasionalPolitik

Penyelewengan RM1.4 bilion: Lain ditanya, lain pula dijawab

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong kecewa kerana Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub tidak menjawab soalan mengenai dakwaan terdapat penyelewengan sebanyak RM1.4 bilion dalam pemberian tender.

Ka Siong berkata, beliau mempersoal mengapa pada asalnya tender secara terbuka telah dibuat, tetapi apabila pihak yang memenangi tender itu tidak digemari, telah ditukar kepada rundingan langsung.

“Jika hendak melaksanakan rundingan langsung kenapa tidak dibuat dari awal, ini apabila tender terbuka diperolehi oleh orang lain dia ditukar, bayangkan apa perasaan pihak yang teraniaya ini,” katanya pada sidang akhbar di Lobi Parlimen petang ini.

Beliau juga terkilan kerana pihak kerajaan cuba mengalihkan pandangan dengan menuduh beliau melobi untuk kepentingan pihak lain.

Ka Siong berkata, ada juga yang mempertikaikan bagaimana beliau bukan seorang menteri boleh mendapatkan dokumen berkenaan.

Beliau juga mahu penjelasan isu berkaitan termasuk kelewatan pengagihan benih padi kepada pesawah selama tiga bulan, dan adakah ia turut berkaitan dengan kes tersebut.

Presiden MCA itu juga mempertikaikan penyalahgunaan Lembaga Pertubuhan Peladang yang pada masa ini dipenuhi oleh pemimpin Pakatan Harapan khususnya dari parti Amanah.

Puluhan bilik hotel, katanya, telah ditempah di atas nama Pertubuhan Peladang di pilihan raya kecil Tanjung Piai dan tetapi bilik berkenaan digunakan oleh pemimpin politik.

“Ini adalah penyalahgunaan secara terang-terangan aset kerajaan,” katanya.

Video penuh sidang akhbar kedua di Parlimen https://youtu.be/t7AnOukHaMo

 

(Visited 124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button