Ekonomi

Pelabur Malaysia perlu cari peluang di Kemboja

PEJABAT Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh mengalu-alukan lebih banyak pelabur dari Malaysia untuk mencari peluang-peluang yang sedia ada ditawarkan oleh kerajaan Kemboja. Antara sektor yang boleh diceburi adalah telekomunikasi, pertanian, pemakanan dan juga infrastruktur.

Dengan pertumbuhan ekonomi negara Kemboja yang semakin pesat, ramai pelabur asing perlu mengambil peluang untuk menjalankan pelbagai perniagaan di negara tersebut.

Melalui komitmen kerajaan Kemboja untuk menjadikan negara berkenaan sebagai sebuah destinasi perdagangan antarabangsa atau hub, ianya telah semakin berjaya menarik minat para pelabur besar seperti negara China yang telah banyak membantu Kemboja dalam menjana ekonominya dalam Rangka Plan Tahun 2020-2025.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama Mohd Syazwan semasa penyerahan Tabung Ibnu Sabil MAIPs.

Demikian menurut siaran media Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang dipersembah maklumkan oleh Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim kepada Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh bagi mengucapkan keberangkatan pulang Baginda ke tanahair, semalam.

Turut berada di lapangan terbang ialah Pengerusi Jawatankuasa Panel Timbangtara Sukan SEA, Datuk M. Rajasekaran dan Mantan Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menyerahkan sumbangan RM5,000 Tabung Ibnu Sabil MAIPs kepada Nur Herzazilla di pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh.

Pemangku Raja Perlis dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berada di Phnom Penh bagi menyaksikan Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 Kemboja 2023.

Pada hari keberangkatan tiba Baginda, Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs telah berkenan menyerahkan sumbangan Tabung Ibnu Sabil MAIPs bernilai RM5,000 kepada Penasihat Kedutaan, Nur Herzazilla Ghazali dan Setiausaha Ketiga, Mohd Syazwan Mohd Nasir yang menerima bagi pihak Pejabat Kedutaan.

Sumbangan tersebut untuk digunakan bagi membantu rakyat Malaysia yang berdepan situasi kecemasan, terputus bekalan sara diri, terkandas untuk kembali ke tempat asal atau bagi meneruskan perjalanan.

Pada kesempatan yang sama, Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah supaya semua pihak di negeri Perlis mempergiatkan lagi usaha demi usaha bagi membolehkan negeri ini berada setanding negeri maju yang lain.

Baginda bertitah, kesinambungan projek-projek yang dirancang terdahulu serta perancangan pembangunan-pembangunan baharu yang berpotensi hendaklah diketengahkan dengan lebih agresif, pantas dan berimpak. – SM

BACA EkonomiNCIA, MIDA perlu lebih gigih tarik pelabur ke Perlis – Pemangku Raja

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button