EkonomiRencah Hidup

MEDAC, agensi beri sumbangan di majlis berbuka puasa

NASIB golongan yang memerlukan sentiasa diberi perhatian lebih-lebih lagi dengan kedatangan bulan mulia Ramadan.

Tidak ketingalan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang meraikan insan yang kurang berkemampuan pada majlis berbuka puasa semalam.

Dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan MEDAC dan agensi di bawahnya menghulurkan sumbangan kepada kepada 150 orang pelajar golongan miskin bandar.

Penerima sumbangan terdiri daripada pelajar Sekolah Kebangsaan St Gabriel, Sekolah Kebangsaan Desa Pandan dan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul.

Kesemua mereka menerima RM100 setiap seorang daripada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagi memenuhi keperluan pada bulan Ramadan seperti membeli makanan dan keperluan asas yang lain.

Dr. Wan Junaidi berkata, majlis tersebut turut diadakan bagi memupuk dan mengeratkan ukhuwah dan tali persaudaraan di antara pihak Kementerian dengan agensi-agensi di bawahnya serta insan yang kurang bernasib baik.

“Bukan sahaja dapat berkumpul dalam sebuah majlis berbuka puasa, malah dapat beribadah bersama-sama sekali gus mengeratkan silaturahim. Bagaimanapun, dalam pada kita bergembira aspek keselamatan masih diutamakan dan pihak penganjur sentiasa memastikan segala SOP sentiasa dipatuhi sepanjang majlis berbuka puasa ini berlangsung,” katanya.

Pada majlis itu, MEDAC turut menyampaikan Zakat UDA Cares-Enriching Life berjumlah RM 70,000.00 kepada Pertubuhan Baitul Ehsan Al Khairi, Rumah Bakti Nur Ain, Tahfiz Ibnu Abbas, Rumah Kasih Harmoni, Rumah Penyayang Darul Ilmi Gombak dan Tahfiz Darul Furqan.

Turut hadir Timbalan Menteri MEDAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin, , Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, Ketua Setiausaha MEDAC Datuk Suriani Ahmad, Pengerusi Bank Rakyat Datuk Haji Abd Rani Lebai Jaafar dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan.-SM

(Visited 416 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button