EkonomiNegeri

NCIA, MIDA perlu lebih gigih tarik pelabur ke Perlis – Pemangku Raja

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail amat berharap agar Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan terus menerus melipatgandakan usaha bagi membantu untuk mempromosikan serta menarik minat pelabur datang ke negeri Perlis .

Dalam hal ini, Baginda juga amat berharap agar segala proses dan peraturan di Perlis akan sentiasa ditambah baik dalam usaha bagi membawa masuk lebih banyak pelaburan ke negeri ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menyampaikan zakat kepada salah seorang asnaf di Masjid As-Syakirin, Kampung Oran, Mata Ayer.

“Tunjukkan sifat mesra pelabur dengan memberi fasilitasi dan memudahcara urusan mereka kerana dengan penambahbaikan dan pendekatan ini, diharap akan mampu meletakkan Perlis sebagai salah satu destinasi baharu yang menarik untuk dibuat pelaburan di negara ini.

Demikian titah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyampaikan agihan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada 140 asnaf terpilih dalam kalangan berkenaan iaitu masing-masing berjumlah 70 orang di Kampung Oran dan Kampung Tasoh.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan zakat MAIPs kepada asnaf di Masjid As-Syakirin, Kampung Oran, Mata Ayer.

Mereka menerima RM700 setiap seorang daripada Baginda RM700 dengan jumlah penuh daripada MAIPs bernilai RM98,000 dalam program yang diadakan di Masjid As-Syakirin, Kampung Oran, Mata Ayer kali ini.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Pemangku Raja juga mengharapkan supaya Kerajaan Persekutuan akan dapat mempertimbangkan dengan positif projek-projek keutamaan yang dipohon dibawah Rolling Plan Keempat Rancangan Malaysia Kedua Belas seperti ICQS Wang Kelian, Pembinaan Kompleks Ambulatory Care Centre, Pembangunan Infrastruktur Nakawan Border Industrial Park, Perlis Geopark, Kompleks Rakan Muda dan Hub Perikanan.

Salah seorang asnaf menerima zakat MAIPs yang berkenan disampaikan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra di Masjid As-Syakirin, Kampung Oran, Mata Ayer.

Kesemua projek yang dipohon ini adalah selari dengan dasar-dasar sedia ada negeri yang akan menyokong kepada nod pembangunan serta merealisasikan hasrat Perlis menjadi negeri bandaraya menjelang 2030. – SM

BACA Swasta diminta tampil bangunkan hotel, homestay di Perlis – Pemangku Raja

(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button