PembacapilihanRencah Hidup

Shawarma dan daging wagyu antara pilihan, makanan viral pengunjung di Bukit Bintang

Di hujung minggu pasti ada diantara kita mahu berehat di rumah atau pun mahu berjalan-jalan bersama keluarga yang tersayang.

Kali ini apa kata anda berjalan di sekitar Kuala Lumpur menikmati makanan di tepi jalan.

Yang paling menarik makanan yang dihidangkan sangat unik. Malah ada juga menyajikan makanan dari Luar Negara.

Anda tiada idea untuk berjalan ? jom kita ke sekitar Kuala Lumpur dan menikmati makanan di Kuala Lumpur.

Damascus BBQ, Bukit Bintang Kuala Lumpur menyajikan masakan dari timur tengah antara makanan yang paling laris adalah Sharwama, inti dalam rotinya dipenuhi daging malah diletakkan sayuran, sesuai untuk pembuka selera.


Atau anda boleh mencuba makanan daging Wagyu dari Japan sememangnya halal, tidak jauh jika berjalan kaki dari bukit bintang ke Lot 10. Nama kedainya Jonetz by Don Don Donki. Sangat lembut dagingnya apabila sudah masuk mulut.

Jika anda ingin membeli belah. Boleh lawati Shoping Mall di Pavilion, banyak barang-barang jenama yang anda boleh dapati di situ.

Jika anda ingin merasa makanan panas, anda boleh ke kampung baru, dari sajian makanan kampung ke Western Food.

Sangat banyak pilihan kedai yang ada di Kuala Lumpur. Harga juga sangat berpatutan, jika anda tiada idea untuk membawa keluarga dan rakan untuk berjalan jom kita ke sekitar KL.

 

(Visited 288 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button