Nasionalpilihan

Dua kanak-kanak jadi mangsa amang seksual lelaki ketika jual kuih

DUA orang kanak-kanak berusia 8 dan 9 tahun menjadi mangsa amang seksual ketika sedang menjual kuih di sebuah pangsapuri di Seksyen 19, Petaling Jaya.

Difahamkan, satu laporan polis telah dibuat oleh ibu mangsa kira-kira pukul 11.15 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa sedang menaiki tangga untuk menjual kuih di kawasan kediaman mereka.

“Suspek kemudian yang berusia lingkungan 20-an secara tiba-tiba telah menarik tangan mangsa dan melakukan kelucahan melampau terhadap kedua-dua mereka.

“Kedua-dua mangsa yang berada dalam ketakutan kemudian telah berlari pulang ke rumah sambil menangis,” katanya.

Menurut Fakhrudin, kes kini disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Tambahnya, sesiapa yang mempunyai maklumat boleh hadir ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat, Inspektor Naresh Kumar A/L Mahalingam di talian 016-9757113

Berikut adalah deskrip penuh suspek yang sedang diburu polis.

JANTINA : LELAKI
BANGSA : TIDAK PASTI
UMUR : LINGKUNGAN 26 TAHUN
TINGGI : LEBIH KURANG 168 CM
BENTUK BADAN : KURUS
LAIN-LAIN TANDA: NIL
MATA : HITAM
RAMBUT : PENDEK (WARNA HITAM)
KENING : SEDERHANA
MULUT : SEDERHANA

(Visited 321 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button