Rencah Hidup

Botol terpakai jadi hiasan Tahun Baru Cina di Spritzer Ecopark

KUALA LUMPUR 19 Jan. _ Sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, Spritzer menjadikan ribuan botol kitar semula sebagai hiasan Spritzer Ecopark.

Hiasan dari botol kitar semula itu mula dibuka kepada umum bermula 18 Januari hingga 18 Februari depan.

Inisiatif bahan-bahan kitar semula dari Spritzer ini menyerlahkan Spritzer EcoPark dan membawa keceriaan kepada sambutan perayaan.

Dalam masa sama, Spritzer mengambil inisiatif untuk menggalak dan memberi inspirasi kepada orang ramai supaya mengkitar semula sisa buangan mereka, termasuk botol-botol, yang boleh ditukar menjadi kegunaan lain dan serta membantu memastikan kebersihan alam sekitar.

“Kemasukkan ke Spritzer EcoPark adalah percuma dan pelawat boleh bersiar-siar menerusi taman bagi menikmati hiasan perayaan yang diperbuat daripada botol dikitar semula sambil mengambil gambar kenang-kenangan, kata Spritzer dalam kenyataannya di sini hari ini.

Spritzer EcoPark berinspirasi agar semua pelawat bergembira dan berseronok dalam keadaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), termasuk memeriksa masuk menerusi MySejahtera, mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka pada setiap masa dan mencuci tangan menggunakan cecair sanitasi yang disediakan di pelbagai lokasi di sekitar taman ini.

Di samping itu juga, sebagai sebahagian daripada sambutan perayaan dan Hari Kekasih tahun ini pada Februari kelak, tempahan awal dibuka untuk hadiah-hadiah yang direka khusus, seperti jambak bunga dan kotak hadiah.

Spritzer mengalu-alukan kedatangan pengunjung dalam keadaan selamat dan teratur. Sila rancang masa anda dan nikmati pengalaman penuh keseronokan di Spritzer EcoPark pada Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang.

(Visited 468 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button