NasionalUncategorized

Sepatutnya polis bagi bunga pada saya

“Sepatutnya polis bagi bunga kepada saya sebagai penghargaan sebab dah bagi maklumat kepada mereka”.

Itu yang diluahkan pengasas Hot Burger, Mohd. Asri Hamid, 42, berkenaan dengan isu video tular berkenaan pendedahannya berkaitan dengan aktiviti perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.

Menurut Mohd. Asri, dia sudah berhubung dengan Bukit Aman berkenaan kes judi namun tindakan yang diambil hanyalah bersifat sementara.

“Saya dah berhubung dengan pihak tertinggi polis. Siap bagi bukti dalam bentuk video sahaja dan premis perjudian itu hanya ditutup dua hari sahaja,” katanya seperti dilaporkan portal Malakat Tribune.

Pendedahan aktiviti perjudian di sekitar kawasan tapak perniagaannya hingga membawa kepada sidang akhbar khas oleh Ibu pejabat Polis Daerah Sungai Buloh.

BACA> Peniaga pertikai tindakan video gerai burger Sungai Buloh

Sementara itu, pihak IPD Sungai Buloh juga telah membuat laporan polis berhubung video dakwaan fitnah dan tohmahan yang ditularkan seorang lelaki semalam.

Dalam pada itu, mengulas mengenai tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terhadapnya, menurut Mohd. Asri, tapak gerainya itu bukanlah tapak kekal.

“Memang kita selalu kemas gerai bila habis berniaga tetapi troli gerai pada ketika itu mempunyai masalah.

“Itu yang MBSA itu datang dan terus sita barang-barang kita sebab kita tidak alihkan gerai. Tetapi kedai-kedai lain yang membuka tapak kekal kenapa boleh berniaga?

BACA> PKPP: Bekalan barangan keperluan mencukupi, mudah diperoleh

“Jiran saya yang juga berniaga burger di kawasan sama turut disita walaupun mereka sudah menyimpan gerai mereka,” katanya.

Jelasnya, dia cuma mahukan keadilan kerana tindakan MBSA itu seperti membulinya sedangkan kedai judi dan peniaga lain yang membuka tapak kekal masih boleh beroperasi seperti biasa. -SM

(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button